NG SIOK HUI D20102046109

KSSR TAHUN 1 2011

About this blog

MARI BELAJAR BAHASA MELAYU

Tanjong Emas, Muar

Tanjong Emas, Muar

Kata hubung ialah kata yang berperanan atau berfungsi untuk menggabungkan kata dengan kata, ayat dengan ayat atau frasa dengan frasa. Dalam bahasa Melayu baku, kata hubung dapat dibahagikan kepada tiga bahagian utama, iaitu kata hubung gabungan, kata hubung pancangan dan kata hubung berpasangan.

Kata Hubung GabunganKata hubung gabungan ialah kata hubung yang digunakan untuk menggabungkan kata dengan kata, frasa dengan frasa dan klausa dengan klausa.

Contoh:
atau, dan, tetapi

Contoh Penggunaan dalam Ayat




  1. Kamu suka makan epal atau manggis?
  2. Kamal atau Ahamad terpilih sebagai ketua darjah?
  3. Anjing dan kucing itu dipelihara oleh orang kaya itu.
  4. Ah Seng dan Karim pergi memancing di lombong tinggal itu.
  5. Amran suka makan nasi lemak tetapi dia tidak suka makan roti canai.
  6. Rumah banglo itu sungguh cantik tetapi harganya terlalu mahal.

0 comments:

Post a Comment

Search This Blog

My Blog List

Pautan











Powered by Blogger.

Followers